Search The web

Saturday 31 December 2011

Tiga bersaudara maut

MIRI: Hasrat empat bersaudara untuk menyambut tahun baru bersama keluarga masing-masing
tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 
68, Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Johny Aba, 31, Wan Anyi, 49 dan Steven Malang, 21, 
meninggal dunia di tempat kejadian manakala Denis Ting, 28,
cedera parah di kepala dan muka dan kini dirawat di Hospital Miri.

Kejadian berlaku apabila Perodua Viva dinaiki mereka dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri 
bertembung dengan sebuah lori tiga tan, menyebabkan kenderaan mangsa remuk teruk.

Difahamkan, semua mangsa yang bekerja di Bintulu dikatakan merancang meraikan tahun baru 
bersama keluarga masing-masing di sini dan memulakan perjalanan pulang kira-kira jam 10 pagi.

Sumber polis, berkata rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa remuk teruk selain terseret 
sejauh 10 meter sebelum terjunam ke dalam longkang di tepi jalan.

“Rempuhan kuat itu juga menyebabkan pemandu dan seorang penumpang di bahagian depan 
tersepit dalam kenderaan berkenaan dan hanya berjaya dikeluarkan lebih satu jam kemudian oleh 
sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.


“Pihak kami belum mengenal pasti punca kejadian yang menyaksikan pemandu dan kelindan lori 
hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Miri,” katanya.

credit to HMETRO
p/s(dalam suka pasti ada duka)

selamat menyambut tahun baru 2012

Tahun baru adalah masa untuk melupakan setiap memori buruk tahun lalu dan memulakan sekali lagi kehidupan kita.banyak kenangan yang telah berlalu pada tahun 2011..tidak kira kenangan manis atau pahit..yang berlalu tak kan berulang.. Jadi, bangun dan memeluk kawan dengan siapa anda ada bergaduh sejak akhir-akhir ini, bangun dan memeluk ibu bapa anda dan menjanjikan mereka yang anda tidak akan mendatangkan mudarat kepada mereka lagi, memberi pelukan sendiri dan janji kepada diri sendiri yang datang apa yang anda akan kekal jujur ​​kepada diri sendiri , memeluk kanak-kanak miskin dan memberitahunya bahawa dia tidak bersendirian, Bantuan golongan yang memerlukan dan menghapuskan tamak dari kehidupan anda. Jadi, lupakan semua dendam dan selamat menyambut tahun baru..

p/s saya budak baru belajar nak buat blog haha...